Bismilillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIH
Assalamualaikum wbt
Salam perjuangan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah sebuah nama yang gah di persada Negara yang sebaris dengan nama-nama universiti lain yang terkemuka. Mahasiswa yang lahir daripada tarbiyah universiti ini dikatakan punyai nilai mutu yang tersendiri.Justeru, ramai shaja yang menaruh harapan agar dapat menjejakkan kakinya ke universitiini.Malah, ramai di kalangan ibu bapa yang mengharapkananak-anak merekaberjaya ditawarkan dan menimba ilmu di sini, termasuklah ibu saya.
Ibu saya menaruh impian sejak sekian lama agar saya Berjaya menjadi salah seorang mahasiswa UIA. Seusai solatnnya, harapan itu dipanjatkan di dalam doa kudusnya. Dan akhirnya, ALLAH SWT memakbulkan doanya. Terpancar dari wajahnya rasa kesyukuran apabila saya menerima tawaran ke sana.
Hidup di UIA banyak mengubah perwatakan saya.Dikelilingi dengan mereka yang hebat-hebat, terasa diri ini serba kekurangan.Baguslah, sekurang-kurangnya, saya punyai rasa ingin mempertingkatkan lagi kualiti diri sebaris dengan mereka yang hebat.Namun, dalam serba kekurangan itu, saya sentiasa diangkat-angkat agar menjadi seorang yang berjawatan dalam sesebuah pertubuhan.Bermula dengan tawaran menjawat jawatan dalam ‘Mahallah Representative Committee’, iaitu sebuah organisasi ala-ala majlis perwakilan pelajar untuk sesebuah mahallah.Sewaktu ditemuramah oleh pengurus mahallah, saya terpaksa berhujah untuk menolak tawaran tersebut.Keputusan untuk menolaknya saya rasa amat tepat.Tidak cukup dengan itu, saya ditawarkan pula untuk bertanding dalam jawatan ketua biro persatuan yang saya sertai.Pada mulanya saya menolak, namun atas dasar mahu cuba-cuba, saya terima. Temuduga diadakan terlebih dahulu untuk menapis calon-calon yang layak bertanding. Dan saya akhirnya terpilih untuk bertanding.Ketika itulah, hati mulai tawar untuk bertanding.Perancangan ALLAH maha hebat.Pada hari berlangsungnya pemilihan tersebut, terdapat satu majlis agama yang dihadiri seorang ulama Mesir.Dengan menghadiri majlis tersebut, maka saya punyai alas an untuk menarik diri dan tidak bertanding jawatan tersebut.Namun, masih belum terhenti di situ.Telefon bimbit saya bertalu-talu dimasuki panggilan dan sms yang menagih simpati saya untuk bertanding jawatan yang masih punyai kekosongan.Tersentak saya apabila disuruh bertanding jawatan President dan Vice President. Entah berapa kali telah saya menolaknya, namun saya tetap dipujuk. Saya jadi terfikir, tidak adakah insan lain yang layak, sehingga saya yang serba kekurangan ini dipujuk bersungguh-sungguh? Akhirnya, saya jatuh dengan pujukan mereka, dan mendorong saya kepada satu keputusan yang sangat menyeksakan diri saya walaupun melegakan sesetengah pihak.Maka, bergelarlah saya sebagai Vice President 1 kepada persatuan tersebut.
setinggi mana jawatan disandang,
bergelar dan dimuliakan orang,
kita tetap hamba Tuhan.
Kalau saya cerita kesemuanya berkaitan persatuan-persatuan yang ada di cfs uia, pasti tidak akan habis. Yang pasti, jumlah persatuan yang berdaftar sahaja menjangkau 40 atau 50 lebih.Itu belum termasuk persatuan yang bergerak secara underground.Pelajar bebas mendaftar untuk kebanyakan persatuan, namun ada juga persatuan yang mempunyai kriteria sendiri dalam memilih ahli. Selain itu, tertubuh juga persatuan-persatuan yang wajib disertai oleh pelajar tertentu, seperti persatuan Engenius yang diwajibkan untuk pelajar Engineering dan MEDCI untuk pelajar sains kesihatan iaitu Medik, Farmasi, Dentistry, Allied Health Sc dan juga Nursing.Persatuan yang optional seperti persatuan silat, capoeira, Perkim, kelab rekreasi, taekwando, dan sebagainya.Persatuan underground pula yang saya ketahui seperti Pembina, Sinergy, dan beberapa lagi.
Selain persatuan-persatuan yang disebut di atas, terdapat juga persatuan anak negeri, seperti Gabungan Anak Terengganu (GATE) untuk pelajar dari Terengganu dan PERDANA untuk pelajar dari Kelantan.Tujuan penubuhannya, salah satunya adalah memudahkan pengangkutan balik para pelajar ke negeri masing-masing.Untuk itu, pelajar mempunyai pilihan untuk menguruskan perjalanan pergi dan pulang mereka, atau menyerahkan kepada persatuan yang menyediakan pengangkutan perjalanan.Selain itu, persatuan anak negeri juga memainkan peranan membentuk jati diri ahlinya dengan mengadakan usrah dan sebagainya.Namun, tidak semua ahli yang terikat dengan persatuan anak negeri.
Bergiat aktif dalam sesebuah persatuan banyak manfaatnya.Selain dapat menambahkan kenalan dan menjalinkan ukhuwah, persatuan juga mengajar ahlinya agar berkerjasama menjayakan sesebuah matlamat. Persatuan memberi peluang untuk seseorang melontarkan ideanya bagi mempertingkatkan lagi prestasi. Mesyuarat yang dihadiri secara tidak langsung mampu mengembangkan pemikiran sekaligus belajar untuk memberi dan menerima pendapat orang lain. Berpersatuan itu perlu, kerana untuk sesetengah matlamat, kita disuruh berjemaah. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
Bergiat aktif dalam sesebuah persatuan pasti memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan adakalanya wang. Oleh itu, sebelum seseorang itu bersetuju memegang apa-apa jawatan, ketahuilah bahawa ia adalah satu tanggungjawab dan berfikirlah berkali-kali sebelum membuat keputusan. Jika rasa tidak mampu, menolak sesuatu jawatan itu mungkin keputusan yang tepat.Namun tidak salah untuk mencabar diri sendiri untuk belajar. Namun ketahuilah, jawatan adalah tanggungjawab, kita yang akan tanggung dan kita yang akan jawab.Senantiasa koreksi diri.Jika akademik itu tidak seberapa, maka bergiat aktif dalam persatuan amatlah berisiko.Ketahui yang mana keutamaan dan yang mana sampingan.
Adakalanya persatuan itu membentuk fikrah seseorang. Maka, pilihlah yang terbaik.
p/s:
-kata orang, pengalaman adalah sebaik-baik guru. Benar sekali. Dan saya tidak akan ulangi kesilapan dulu.


